Terapi Ozon ialah terapi perubatan di mana Ozon diperkenalkan ke dalam tubuh. Ozon perubatan yang digunakan merupakan campuran Ozon paling tulen bersama Oksigen tulen. Kaedah ini telah digunakan seluruh dunia bagi merawat penyakit seperti Sakit Jantung, AIDS, Kanser, Diabetes, Stroke, Kenurungan dan lebih banyak lagi.
Perubahan dalam sosioekonomi negara yang begitu pesat telah banyak memberi kesan kepada pola penyakit dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh anggota masyarakat. Kalau dulu kita lebih menghadapi maslah penyakit berjangkit dan kebersihan kesihatan yang buruk kini telah berubah kepada masalah penyakit yang berkait rapat dengan cara hidup moden dan masyarakat industri yang sedang berkembang.
Penyakit yang dihadapi oleh anggota masyarakat kini ialah seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Penyakit Jantung dan lain-lain yang memerlukan perkhidmatan yang canggih dan sesuai dengan perkembangan teknologi sains perubatan yang muktahir dan terkini.
Begitu juga dengan pertumbuhan industri yang pesat sekarang dimana dimasa kini terdapat banyak kes-kes kemalangan kilang dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan (occupational disease) pihak majikan harus bertanggungjawab untuk menyediakan suasana yang selamat dan sihat untuk para pekerja.
Mengikut akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja 1994 (Occupationa Safety and Healthy Act 1994) kegagalan pihak majikan menubuhkan jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ditempat kerja yang melebihi 40 orang pekerja boleh menyebabkan denda tidak melebihi RM 5000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Justeru itu, KLINIK TAWAKAL ditubuhkan untuk memberi alternatif dalam menyediakan perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health) dengan kemudahan diagnosis, rawatan yang lengkap dan sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di kilang-kilang.
Klinik Tawakal merupakan ''ONE STOP CLINIC' dimana menyediakan kemudahan yang amat perlu tanpa pembaziran masa seperti :-
- Khidmat 24 Jam
- Khidmat X-Ray dan Ultra Sound
- Khidmat Ujian Darah
- Audiometri
- Khidmat Doktor wanita
- Pemeriksaan Fomema (Kemudahan Pengangkutan)
- Khidmat Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD)
- Lung Function Test
- Rawatan Hemodialisis (Pengangkutan Disediakan)
- KHIDMAT 24 JAM
- KHIDMAT X-RAY DAN ULTRA SOUND
- KHIDMAT UJIAN DARAH
- AUDIOMETRI
- KHIDMAT DOKTOR WANITA
- PEMERIKSAAN FOMEMA (KEMUDAHAN PENGANGKUTAN)
- DOKTOR KESIHATAN PEKERJAAN (BERDAFTAR DENGAN DOSH)
- LUNG FUNCTION TEST
- RAWATAN HEMODIALISIS (PENGANGKUTAN DISEDIAKAN)
- OZON THERAPY